Wednesday, June 10, 2009
Tempinis Road
Kalo anda sume x tau, Jalan Tempinis tuh terletak kat Bangsar dan rasenyer sebelah Petronas jln masuknyer. Tapi tetibe otak aku yg kureng sket ni terdigest dari sudut yg lain haha dan ianya sudah pasti dr sudut 18SX.
Saya kongsi juga ape yg telah saya digest dr sudut 18SX saya haha
Jalan kite biarkan saja menjadi jalan tetapi bukan untk perkataan Tempinis,
Saya bayangkan tempinis adelah kate singkatan iaitu
Temp = Temporary , Penis = paham2 jeksla ape dia
so bile dicantumkan jadila Tempinis dimana E ditukar kepada I
kerana tdk mahu name jalan itu digam oleh DBKL.
Kesimpulannya:
Tempinis Road = Jalan Z*K*R Sementara haha ok tuh jeks
Hurmm… Power!!
-Sekian-
Prospek Baru
Ye sedara sedari sekalian, merujuk kamus hidup Tabung82, ’Prospek Baru’adelah gadis2 yg baru dikesan dipasaran dan gadis2 ini telah di ’check it out’ kan oleh rakan2 ataupun Tabung82 sendiri utk dijadikan bakal isteri.
Ahaks ye terima kasih prof kerana sudi menerangkan definasi kepada mereka sume =)
Secara amnyer, prosedur bagi menghadapi situasi ’Prospek Baru’ adelah spt berikut:
1. Dapatkan informasi mengenai ’Prospek Baru’.
2. Dapatkan YM atau MSN atau Gtalk ID ’Prospek Baru’.
3. Dapatkan No handphone ’Prospek Baru’.
4. Ajak ’Prospek Baru’ keluar untuk menganalisis potensinya.
Dan setelah selesai step2 di atas, apabila ’Prospek Baru’ telah lulus ujiannya
Proses tapisan peringkat kedua bakal dijalankan.
Ehem dan kini saya sudah ade ’Prospek Baru’ ahaks dan dia akan dikenali sebagai Cik C hehe Hurmmm Power.
-Sekian-
El-Nino Di Malaysia??
Alhamdulillah, sorang lagi member aku dah jadi suami orang, tahniah Anwar.
So hari ahad last week, aku pun mengambil Mas kat stesen putra Wangsa Maju
Cuz dia nak amik kete dia yg telah diparkirkan kat area umah aku. Dia pun mengkhabarkan berita kat Kedah sekang ni udaranya panas bandingkan kat belah-belah selatan ni. Hmm, panas then arini mungkin terjawab mengapakah udara panas berlaku lebih hangat dr biase. Saya mengambil sedikit petikan berita yg dilaporkan oleh Utusan Malaysia seperti di bawah:
Malaysia bakal dilanda El Nino
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
GENTING HIGHLANDS 9 Jun - Malaysia bakal berdepan dengan fenomena El Nino mulai Ogos ini selepas Jabatan Meteorologi mengesahkan cuaca panas dan kering yang melanda sekarang akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga September nanti.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas, bagaimanapun berkata, fenomena El Nino itu dijangka berada dalam julat pemanasan yang terkawal.
''Walaupun fenomena El Nino ini adalah fenomena alam tetapi kerajaan akan terus melaksanakan langkah proaktif bagi mengurangi faktor-faktor yang boleh menjadi petunjuk kepada peningkatan pemanasan cuaca.
''Kementerian telah mengarahkan semua agensi berkaitan supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan,'' katanya kepada pemberita.
Terdahulu, Douglas merasmikan program Menghijaukan Genting sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia di First World Plaza di Genting Highlands di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Presiden Bahagian Operasi, Resort World Bhd., Kevin Sim.
Tambah beliau, sebagai langkah pencegahan, pihaknya secara berterusan meningkatkan aktiviti pemantauan melalui udara dengan kerjasama unit udara polis dan syarikat penerbangan swasta bagi mengesan pembakaran terbuka.
Katanya, tumpuan pemantauan adalah di kawasan paya gambut serta tapak pelupusan sampah kerana sebarang pembakaran terbuka boleh memudaratkan lagi pemanasan cuaca.
Dalam pada itu, Douglas memberitahu, kesan daripada pemanasan cuaca kini sudah mula dirasai apabila beberapa kawasan di Semenanjung dilanda jerebu.
Katanya, kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara pada masa ini merosot dengan Indeks Pencemar Udara (IPU) direkodkan antara 51 hingga 100.
''Jarak penglihatan pada semalam di beberapa kawasan tertentu seperti Seberang Prai, Bayan Lepas, Subang, Petaling Jaya, Melaka dan Kuantan merosot iaitu antara 6 hingga 9 kilometer (km).
''Malah, laporan satelit yang diperoleh dari Pusat Meteorologi ASEAN (ASMC) sehingga 7 Jun menunjukkan 125 titik panas dikesan di Malaysia selain terdapat peningkatan titik panas di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia,'' jelasnya.
So serba sedikit terjawabla mengapakah kini iklim di Malaysia agak panas sedikit dan bagi anda sume yg tak tau apekah El-Nino ni, kat bwh ade petikan yg dipinjam dr sebuah website utk dikongsikan bersama.
El Nino, an abnormal warming of surface ocean waters in the eastern tropical Pacific, is one part of what's called the Southern Oscillation. The Southern Oscillation is the see-saw pattern of reversing surface air pressure between the eastern and western tropical Pacific; when the surface pressure is high in the eastern tropical Pacific it is low in the western tropical Pacific, and vice-versa. Because the ocean warming and pressure reversals are, for the most part, simultaneous, scientists call this phenomenon the El Nino/Southern Oscillation or ENSO for short. South American fisherman have given this phenomenon the name El Nino, which is Spanish for "The Christ Child," because it comes about the time of the celebration of the birth of the Christ Child-Christmas.
Tuesday, December 11, 2007
NoT So BoRiNG SaTuRDaY
1. Bgn kol 10 ke atas. CHECKED
2. Guling2 atas tilam sehingga jam tepat kul 1. CHECKED
3. Bangun and gie mandi. CHECKED
4. Solat Zohor. CHECKED
5. Lunch di mana2 yg rase rajin nak gie. CHECKED
6. Surf internet. CHECKED
7. Tido. CHECKED
8. Ulang langkah 6 & 7 sampai lebam. CHECKED
9. Kul 9 ke atas gie lepak Hartamas. ??
Hmmm sabtu yang seperti biase... dalam hatiku tertanya2, aku ngan osmetku Ali plan dah berbulan2 kate nak pi karaoke, tapi asik tak jadi jeks. Balik2 aku nganjing Ali nak gie karaoke, pastuh Ali nganjing aku balik kate bile nak pie karaoke tapi resultnye tak pie2 gak. Maka berminggu2 asik menjalani ari sabtu seperti check list di atas.
8.30PM
Bertolak ke tempat makan utk dinner. Plan biasenya lepas mkn, kami akan ke hartamas tgk bola sepak and tgk juga ape2 yg menarik perhatian kami hmmmm ape agknyer yg bese aku tgk ek? :P ahaks suddenly jeng jeng jeng Boy kuzenku msg ajak pi karaoke...
uiooo pucuk dicita ulam mendatang org kate hahaha. Ku suarakan ajakan Boy kpd osmet2ku dan majoriti setuju.
10.30PM
Sampai depan KTV Jalan Imbi and Boy dah tunggu dah kat pintu masuk pakai baju Man Utd dia. X Smpai seminit Aby and Fahmi smpai ahaks Boy ckp kami pakat plak datang same timing haha. Pe lagi melalak ahh kami

"Antara lagu-lagu yang kami dendangkan dengan "merdu" sekali malam tuh"

"Dari kiri Aby sedang memilih lagu, Fahmi & Boy tgh wat lawak kunji2 and ujung sekali kawan Boy"

"Cical tengah bosan!! :P tuhla tak join nyanyi lagi ahaks"
Ahli yang hadir malam tuh : Boy, kawan Boy, Aku, Cical, Ali, Aby, Fahmi, adikku Norman and kawan Norman ahaks macam2 jenis lagu bawak suara pon serak2. Lepas nyanyi, kami lepak NZ then balik umah masing2. Kol 4AM gak sampai umah hahaha neway lari dari sabtu yg normal, "Not so boring Saturday" =)
Friday, December 7, 2007
2day - 7 Dec 07
From morning till 5pm, head hunter call nak kompemkn aku nak keje ngan derang ke tak.
Tak kurang dari 20 miscalled. Aku memang sengaja tak nak angkat saje nak delay kan proses offer keje tuh. Masih lagi nak menunggu tawaran dari keje dari company satu lagi la katekan haha
Cuz call tak berjawab, derang antar email. 1st email berbunyi:
"Hi Tabung,
We have prepared offer letter and our client HP would like to take you up for the position SAP HR consultant. We have been calling you for the whole day but can not get you. Please reply once you’re free.
Thanks and Regards
xxxx xxxxx xxxx
Recruitment Consultant"
Lepas call 2-3 kali aku x angkat, derang bg 2nd email plak berbunyi:
"Hi Tabung,
HP requests you for a one for the kick -off on Tuesday 11 Dec at Genting Berhad at 8.45 pm and meet with xxxxxx xxxxxxx , Project Manager. His contact number is xxx - xxxxxxx
Please reply as we can not reach by your phone.
xxxx xxxxx xxxx
Recruitment Consultant"
Huhu ganaz, time is not on my side nemore, i need to think and decide ASAP
I have my solution but need to consult a few ppl so I called my mom and we exchanged our opinion . Aku halusi pendapat mak, and dia suggest tanya pendapat Uncle Pes and after letak tepon trus aku called him asked for his opinion plak. Lepas dapat input from both of them, aku nekad ape nak buat...
Malam mase dinner ngan Ajim, sementara tunggu makanan sampai aku call tepon mak,
citer plan aku and she said "ape-ape pun mak doakan ape yang terbaik untuk abang"
Yeszaaa im enjoying the freedom to decide that been given to me semenjak aku lepas sekolah... My Parents is the best =)
and aku tdo awl
mls nak klua ke coffee hut cam bese...
Sleep Tight ZZZZZ....
Thursday, December 6, 2007
SeMaLaM - 6 Dec 07
Semalam...
12PM
Aku jumpe Midy & Billy kat cafe AG. Heroes S02E11 aku copy utk tontonanku.
Cafe tuh dah berubah... ye la managementnyer org lain, nampak lebih eksklusif.
Awek2 kerajaan ramai turun time tuh, ade gak yg bley tahan hehe
1PM
Menunggu "ZSJ" turun utk lunch. =) Yeszaaa sukeee yg amat time nie hehe
neway tunggu dia kat dalam kete smbil menari2 mengikut alunan
lagu dangdut dendangan Mas Idayu - Robek Hatiku
"Sudah kubilang tidak, aku benci
Jangan
Dulu engkau berjanji
Nyatanya kau berdusta
Dengan tingkahmu
Pergi ( 5X )
Dari sisiku
Hanyalah angin surga
Teganya kau sakiti hati ini
Dikau punya yang lain"
so smbil bwk kete nak pie mkn kat p9,
jeling2 sket, wat pemantauan yg menyeluruh... hmm kulit putih smpai nmpak urat2 nie, idung mancung n baju purple dia lawa plak cm corak2 batek, smbil bergurau2 psl "sungguh punctualnya dia turun"... sepatutnya aku terus, aku terbelok ke kanan dan masuk arah roundabout... tuhla akibat fokus lebey kt org seblah, bwk kete lenkali mata fokus arah jalan wahai rakan2ku dahhh kene ikut jln jauh chewahhh (couldn't care less) haha
"eleh org mkn mee rebus seminggu sekali laaa kat damas tak heran!! :P"
then moment yg besh aku rase time dia otw nk duduk kat meja, tgh jln2 dia perasan aku perhatikan dia agknyer, terus dia jelir lidah kes kes kes Lepas makan hantar dia blk and buat kali ketiganya aku berjaya amik picture dia ahaks hmm puas atie aku. Setelah aku turunkan dia aku pun ready nak blah, aku perasan air yg dbeli utk si gadis ade kat sebelah aku, cepat2 aku call dia ckp nak bagi barang. Dia upenyer dah dalam lif, dia ckp sume org pandang dia time tuh, but dia willing turun so misi kasi air tuh berjaya.
Dengan hati berbunganya aku tepon kuzenku Aby, kate nak lepak ngan dia sebelom acara wayang “The Golden Compass”. Hujan sepanjang hari, petang kol 6 cuz rase cam nak mkn cendol, aku ajkla Aby cari cendol kat TTDI. Cendol Kader tuh dah tutup, but kami tak pulang tgn kosong cuz jumpe gak cendol lain then mknla cendol smbil berdiri di tengah hujan yg renyai2 hehe
Tuesday, December 4, 2007
KeRJa & CiNTa
Kerja dan Cinta,
Kedua-duanya sering berlegar-legar dalam diriku lately.
Both of them attacking my mind, body and soul
like wrestling match, derang tagged team.
Pagi bangun jek name "ZSJ" milik gadis manis dari shah alam pop out automatik
Angau kah aku? uishh payah nie, kronik gak nie isk isk isk
Then bile dapat handle situation dgn mencube pk benda lain, kerja plak menyerang aku.
Bergilir-gilir menyerang, dari aku bangun pagi sehingga waktu aku golek-golek nak tidur.
Kerja
Bermula dengan scomi, macam dapat and macam tak dapat.
Rumours kate aku dapat, but HR Scomi tak call, selagi tade black & white aku diam jekla.
Besh gak kalo dapat but dengar cam banyak jek candidate lain.
Tadi plak, ade head hunter call...
Hmm offer 6 bulan kontrak, perghh singkat and aku rase cam nak amik risk
but kene pk dalam2 lagi, neway aku try jugaklaa
Scomi or keje hed hunter offer? outcome dia x lame lagi ahaks
Cinta
Hmm gadis yg aku jatuh hati, layanan agak baik dari si gadis...
jumpe baru dua kali, khamis nie harap2 kali ketiga
but sedeynyer dia gf orang, kenyataan yang kurang memberangsangkan untuk aku.
Angau ngan gf org?? huhu tak baik betul aku nie but as long aku tak luahkan perasaan hati aku kat dia hmm aku rase cam aku tak kacau awek org. Prinsip aku "Jangan Kacau Awek Orang",
So skang nie tgh berperang hebat, part of me kata jangan kacau and the other part kate berkawan tak salah... DILEMA